بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Friday, 14 December 2012

PERKARA-PERKARA WAJIB HAJI


Wajib Haji ada enam perkara iaitu :-
  1. Ihram di Miqat
  2. Bermalam di Muzdalifah
  3. Melontar Jamrah Al-Aqabah
  4. Bermalam di Mina
  5. Melontar ketiga-tiga jamrah
  6. Meninggakan perkara-perkara yang haram semasa ihram
(MIQAT)
Miqat bermaksud sempadan waktu atau tempat untuk memulakan niat ihram haji atau umrah.
 
Miqat terbahagi kepada 2 :
a)      Miqat Zamani : Sempadan masa yang ditentukan bagi ihram haji, bermula dari 1 Syawal hingga sebelum terbit fajar hari ke-10 Zulhijjah pada setiap tahun. Manakala bagi Umrah ialah sepanjang tahun.
b)      Miqat Makani : Sempadan tempat yang telah ditetapkan disekeliling Mekah untuk ihram haji.
 
MIQAT MAKANI
1)      Yalamlam – bagi jemaah haji yang melalui Lautan Hindi menuju ke Laut Merah. Jaraknya adalah leebih kurang 54 km dari Kota Mekah.
2)      Zulhulifah – bagi para jemaah haji ang datang dari Madinah dan kawasan sekitarnya. Jarak lebih kurang 450 km dari Mekah.
3)      Juhfah – Jemaah haji yang datang dari arah barat laut seperti penduduk Mesir dan Syria. Jaraknya lebih kurang 187 km dari Mekah pada arah barat laut.
4)      Qarnul Manazil – bagi jemaah yang datang dari arah timur seperti penduduk Najd. Jaraknya lebih kurang 94 km dari Mekah.
5)      Mekah (dari rumah mereka) – Untuk penduduk Mekah sendiri.
(BERMALAM DI MUZDALIFAH)
Jemaah haji wajib berada dan bermalam di Muzdalifah walaupun seketika.
Waktunya ialah selepas tengah Malam 10 Zulhijjah hingga subuh.

(BERMALAM DI MINA)

Ertinya berada lebih dari separuh malam di Mina pada malam-malam hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
(MELONTAR JAMRAH)
Melontar ketiga-tiga jamrah iaitu Jamrah Al-Ula, Jamrah Al-Wusta dan Jamrah Al-Aqabah. Masing-masing dengan tujuh biji batu.
Waktu bagi melontar ketiga-tiga jamrah ialah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Waktu melontar bermula selepas terbit fajar pada 11 Zulhijjah sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.
Waktu yang paling afdhal ialah selepas tergelincirnya matahari 11,12 dan 13 Zulhijjah.
SYARAT-SYARAT MELONTAR
1. Melontar dengan menggunakan tangan. Jika tidak berkuasa atau berdaya, maka bolehlah digunakan tangan kiri, kaki ataupun mulut
2. Melontar dengan kaedah merejam bukannya seperti meletakkan batu, mencampak ataupun membuang
3. Niat melontar Jamrah tidak terpesong kepada tujuan-tujuan lain
4. Melontar dengan batu ataupun jenis-jenisnya
5. Memastikan batu lontaran masuk ke dalam takungan Jamrah dengan yakin
6. Melakukan lontaran dengan tertib - Dimulai dengan Jamrah Al-Ula - D ikuti dengan lontaran pada Jamrah Al-Wusta - Diakhiri dengan lontaran pada Jamrah Al-Aqabah.
7. Tidak boleh membuat lontaran bagi ketiga-tiga Jamrah pada 12 Zulhijjah jika tidak menyempurnakan lontaran pada hari sebelumnya. Demikian jugalah syaratnya bagi lontaran pada 13 Zulhijjah.
(MELONTAR JAMRAH AQABAH)
Ertinya melontar 7 biji batu ke dalam takungan Jamrah Aqabah. Setiap lontaran hendaklah dengan hanya sebiji batu.
Waktu untuk melontar di Jamrah Aqabah ini ialah Selepas tengah malam 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji) hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah Waktu afdal ialah waktu Dhuha pada 10 Zulhijjah
(BERCUKUR)
Bercukur bererti menggunting rambut atau menghilangkan sekurang-kurangnya 3 helai rambut di kepala dengan cara mencukur atau mengguntingnya.
Waktu bercukur adalah selepas melontar Jamrah Al-Aqabah pada 10 Zulhijjah.

    Wajib Haji
1.    Ihram dari Miqat
2.    Mabit di Muzdalifah
3.    Mabit di Mina
4.    Melempar Jumrah
5.    Thawaf Wada’

Catatan :  Wajib Haji harus dilaksanakan dan apabila salah satu ada yang ditinggalkan, maka hajinya sah tapi harus membayar dam (denda).
Miqat Haji
Miqat haji ada dua macam:
1. Miqat zamani: Yaitu batasan-batasan waktu di mana dilakukan ibadah haji. Batasan waktu tersebut adalah bulan-bulan haji (Syawwal, Dzul Qa’dah, dan 10 hari pertama dari bulan Dzul Hjjah). Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَّعْلُوْمَاتٌ
“Haji itu pada bulan-bulan yang telah ditentukan.” (Al-Baqarah: 197)
2. Miqat makani: Yaitu sebuah tempat yang telah ditentukan dalam syariat, untuk memulai niat ihram haji dan umrah.
Miqat Makani tersebut ada lima3, yaitu:
Pertama: Dzul Hulaifah (sekarang dinamakan Abyar ‘Ali atau Bir ‘Ali). Tempat ini adalah miqat bagi penduduk kota Madinah dan yang datang melalui rute mereka. Jaraknya dengan kota Makkah sekitar 420 km.
Kedua: Al-Juhfah. Tempat ini adalah miqat penduduk Saudi Arabia bagian utara dan negara-negara Afrika Utara dan Barat, serta penduduk negeri Syam (Lebanon, Yordania, Syiria, dan Palestina). Jaraknya dengan kota Makkah kurang lebih 208 km. Namun tempat ini telah ditelan banjir, dan sebagai gantinya adalah daerah Rabigh yang berjarak kurang lebih 186 km dari kota Makkah.
Ketiga: Qarnul Manazil (sekarang dinamakan As-Sail), yang berjarak kurang lebih 78 km dari Makkah, atau Wadi Muhrim (bagian atas Qarnul Manazil) yang berjarak kurang lebih 75 km dari kota Makkah. Tempat ini merupakan miqat penduduk Najd dan yang setelahnya dari negara-negara Teluk, Irak (bagi yang melewatinya), Iran, dll. Demikian pula penduduk bagian selatan Saudi Arabia yang berada di seputaran pegunungan Sarat.
Keempat: Yalamlam (sekarang dinamakan As-Sa’diyyah), yang berjarak kurang lebih 120 km dari kota Makkah (bila diukur lewat jalur selatan Tihamah). Ini adalah miqat penduduk negara Yaman, Indonesia, Malaysia, dan sekitarnya.
Kelima: Dzatu ‘Irqin (sekarang dinamakan Adh-Dharibah), yang berjarak kurang lebih 100 km dari kota Makkah. Ini adalah miqat penduduk negeri Irak (Kufah dan Bashrah) dan penduduk negara-negara yang melewatinya. Awal mula direalisasikannya Dzatu ‘Irqin sebagai miqat adalah di masa khalifah ‘Umar bin Al-Khaththab. Yaitu ketika penduduk Kufah dan Bashrah merasa kesulitan untuk pergi ke miqat Qarnul Manazil, dan mengeluhkannya kepada khalifah. Mereka pun diperintah untuk mencari tempat yang sejajar dengannya. Dan akhirnya dijadikanlah Dzatu ‘Irqin sebagai miqat mereka dengan kesepakatan dari khalifah Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu, yang ternyata mencocoki sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, sebagaimana dalam Shahih Muslim dari hadits Jabir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhuma. (Lihat Taudhihul Ahkam juz 4, hal. 43-48, Asy-Syarhul Mumti’ juz 4, hal. 49-50, Irwa`ul Ghalil, juz 4 hal. 175)
 
Bercukur bererti menggunting rambut atau menghilangkan sekurang-kurangnya 3 helai rambut di kepala dengan cara mencukur atau mengguntingnya.
Waktu bercukur adalah selepas melontar Jamrah Al-Aqabah pada 10 Zulhijjah.






1 comment:

bagus aji pratama said...

http://obathalal.morosakato.com/keyword/GROSIR HERBAL HALAL JAKARTA
http://obathalal.morosakato.com/keyword/GROSIR HERBAL TERJAMIN JAKARTA
http://obathalal.morosakato.com/keyword/PUSAT HERBAL ORIGINAL JAKARTA
http://obathalal.morosakato.com/keyword/PUSAT HERBAL BERKUALITAS JAKARTA
http://obathalal.morosakato.com/produk/7/MILK-BEAUTY-SOAP--SABUN-MANDI-MBS
http://obathalal.morosakato.com/1/ARTIKEL

Post a Comment