بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Thursday, 13 December 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM


Tingkatan  : 4 Faizun                                                                   
Bahagian   : Ibadah                                                                       
Tajuk        : Sembelihan                                                               
Rujukan    : HSP 39 / Buku Teks MS 133     


Bil
Perkara
Huraian
1.
Isi
1.    Pengertian, hukum dan dalil
2.    Rukun dan syarat sah sembelihan
3.    Sunat-sunat ketika sembelihan
4.    Hikmat sembelihan
2.
Fokus
1.      Amalan          - Pelajar boleh melakukan sembelihan dengan                          betul.
2.      Pemikiran      - Pelajar dapat membezakan binatang yang                          halal dan haram di makan.
3.      Penghayatan -   Pelajar dapat memelihara diri dari memakan                          makanan yang diharamkan.
3.
Kaedah
1.      Demonstrasi (kaedah tunjuk cara)
2.      Penerangan
3.      Sumbang saran
4.      Perbincangan dalam kumpulan
4.
Pengetahuan Sedia Ada
1.      Pelajar-pelajar mengetahui jenis haiwan yang haram dan halal di makan.
2.      Pelajar biasa melihat cara menyembelih binatang.
5.
Bahan Bantu
1.      Gambar sembelihan
2.      Gambar binatang
3.      Alat sembelihan
6.
Hasil P&P
Aras 1
Pelajar dapat:-
1.      Menerangkan pengertian sembelihan.
2.      Menyebut hukum dan dalil.
3.      Menyenaraikan rukun dan syarat sah sembelihan.
4.      Menyenaraikan binatang yang halal dan haram dimakan.
5.      Menyenaraikan perkara-perkara sunat dalam sembelihan.

Aras 2
1.      Menerangkan cara-cara sembelihan
2.      Menghuraikan rukun-rukun dan syarat-syarat sah sembelihan.




Aras 3
1.      Menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan sembelihan dari aspek :
1.1.   Cara menyembelih
1.2.   Alat
1.3.   Binatang yang boleh disembelih dan yang haram disembelih.
1.4.   Tanggungjawab menjaga kebersihan.
2.      Membincangkan hikmat sembelihan.
7.
Set Induksi
1.      Guru menunjukkan gambar-gambar binatang sembelihan.
2.      Guru menyoal pelajar berkaitan dengan gambar tersebut.
3.      Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan tajuk yang akan dibincangkan.
8.
Perkembangan
P&P
     

Langkah 1
1.      Guru menerangkan konsep sembelihan.
2.      Guru membahagikan pelajar dalam kumpulan.

Langkah 2
1.      Pelajar berbincang dalam kumpulan.
1.1.   Kumpulan 1 - Menghuraikan rukun-rukun sembelihan
1.2.   Kumpulan 2 - Syarat sah sembelihan
1.3.   Kumpulan 3 - Sunat-sunat sembelihan
1.4.   Kumpulan 4 - Hikmat sembelihan

Langkah 3
1.      Setiap kumpulan dikehendaki membuat persembahan hasil perbincangan.
2.      Guru memberi ulasan.
9.
Penutup
Guru merumuskan pengajaran     
10.
Pengayaan
1.      Pelebaran dan pedalaman.
Pelajar mengambil bahagian dalam amali sembelihan.
11.
Lampiran
Gambar-gambar binatang sembelihan.

No comments:

Post a Comment