Istinjak merujuk kepada penyucian seseorang
daripada najis berikutan membuang air besar ataupun air kecil dengan cara
menyucikan pada tempat terbitnya najis tersebut menggunakan air ataupun
lain-lain benda yang dibolehkan. Yang diistinjak adalah sesuatu yang keluar
daripada 2 jalan perlepasan - qubul dan dubur. Hukum melakukan istinjak adalah wajib.
Cara
Melakukan Istinjak
Istinjak boleh dilakukan
dengan beberapa cara, sama ada dengan menggunakan air ataupun benda-benda yang kesat, keras dan kering seperti batu, kayu,
daun kering, kertas, dan sebagainya. Alat-alat istinjak mestilah suci dan
bersih. Selain dari air mutlak barang-barang yang digunakan untuk
beristinjak semestinya dari sesuatu yang beku dan keras. Alat yang digunakan untuk
beristinjak semestinya dari sesuatu yang diketahui suci. Istinjak tidak boleh
dilakukan menggunakan sesuatu yang najis ataupun diketahui tidak suci.Cara melakukan istinjak mestilah boleh mencapai matlamat untuk menghilangkan najis, dan menghilangkan bau najis dan seterusnya menghilangkan rasa (fisikal) najis. Perkara yang diwajibkan dan semestinya dilakukan di waktu beristinjak ialah memastikan segala sifat-sifat najis yang dihukum dari warnanya, baunya dan rasa fizikalnya telah dihilangkan dengan sempurna. Seandainya ada bau yang tidak dapat dihilangkan setelah di dilakukan istinjak maka perkara itu termasuk di dalam perkara-perkara yang dimaafkan.
Cara beristinjak boleh dibuat dengan cara berikut :
- Menggunakan sesuatu yang keras dan kesat diikuti air.
"Bahawa Nabi
s.a.w.
bersabda : Bila salah seorang di antara kamu pergi buang air, hendaklah
istinjak dengan tiga buah batu kerana demikian itu cukuplah untuknya." HR
Ahmad dan Nasai.
- Menggunakan air semata-mata.
"Ketika Rasulullah
s.a.w. masuk tandas,
maka aku bersama seorang anak yang sebaya denganku membawa setimba air dan
gayung, maka ia pun bersuci dengannya." Disepakati.
- Menggunakan sesuatu yang keras dan kesat seperti
batu, daun-daun kering atau kertas semata mata. Bilangan batu yang
digunakan biarlah jumlah yang ganjil.
"Dari Aisyah r.a. bahawa Nabi
s.a.w. pernah
bersabda : Bila seseorang pergi ke tempat buang air, maka hendaklah ia
membawa tiga buah batu." HR Ahmad dan Abu Daud.
"Dari Abu Hurairah dari Nabi
s.a.w. beliau
bersabda : Sesiapa beristinjak dengan batu, maka hendaklah ia ganjilkan
bilangannya. Sesiapa yang memperbuat begitu maka sesungguhnya itulah yang lebih
baik, tetapi sesiapa yang tidak berbuat begitu maka tidaklah ia berdosa"
HR Ahmad dan Abu Dawud.
- alat tersebut kering dan bersih
- najis yang hendak dicuci masih belum kering
- najis tersebut tidak beralih daripada tempat
asalnya;
- beristinjak dilakukan dengan disapu sebanyak tiga
kali, dan sekiranya belum bersih mesti diulang sehingga bersih dari kesan
warna, kesan rasa (fizikal) dan kesan bauannya
Barang
yang dilarang digunakan untuk beristinjak
Terdapat bahan-bahan yang
tidak boleh digunakan untuk melakukan istinjak seperti barang-barang yang
dimakan oleh manusia seperti buah-buahan, ataupun bahan makanan yang lain.Kita juga tidak boleh menggunakan tulang-tulang binatang untuk beristinjak. Ini diambil dari hadis Dari Ibnu Mas'ud bahawa Nabi saw pernah bersabda : “Janganlah kamu beristinjak dengan tahi kering dan jangan pula dengan tulang-tulang kerana sesungguhnya tulang-tulang itu makanan saudaramu dari bangsa jin” HR At Tarmizi. Kita dilarang beristinjak menggunakan kertas atau sesuatu yang mempunyai tulisan ayat-ayat suci Al-Quran ataupun kertas yang tertulis di atasnya nama-nama Allah.
Adab
Beristinjak
- Semasa melakukan istinjak kita dilarang menggunakan
tangan kanan.
"Dikatakan orang pada Salman : Nabimu telah mengajar kamu
segala sesuatu sampai soal kekotoran. Ujar Salman : Memang, kami di larang
mengadap kiblat di waktu buang air besar atau kencing, atau bersuci dengan
tangan kanan atau bersuci dengan batu yang banyaknya tidak cukup tiga buah atau
bersuci dengan barang najis atau tulang. " HR Muslim
- Apabila telah selesai melakukan istinjak dan ketika
keluar dari tandas, dahulukan kaki kiri dari kanan bergerak keluar dan
memuji Allah yang telah menghilangkan penyakit.
"Dari Abu Zar bahawasanya Nabi saw apabila sudah keluar dari tandas
beliau membaca : Alhamdulillah hilllazi Az haba 'annial aaza wa 'afaani
(Segala puji bagi Allah yang telah membuangkan penyakit dari diriku dan telah
mengembalikan kesihatan ku. " HR Nasaie
No comments:
Post a Comment