Pengertian Penyembelihan
- Penyembelihan dari segi
bahasa bererti potong atau belah bagi menghilangkan nyawa binatang.
- Dari segi syara‘ bermaksud
menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan menggunakan alat
yang tajam selain dari kuku, gigi, dan tulang untuk membolehkan haiwan itu
halal dimakan oleh orang Islam.
Sabda
Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam :
الذِّكاة ما بين
اللبة واللحيةِ
: MAKSUDNYA
"Sembelihan adalah di antara pangkal dagu dan
pangkal leher"
(Riwayat
Ibnu ‘Abbas)
·
Hukumnya wajib dilakukan ke atas sesuatu haiwan itu
untuk membolehkan ia halal dimakan.
·
Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum Islam
diistilahkan sebagai bangkai dan najis.
·
Firman Allah subhanahu wata‘ala:
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ المَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الخِنْزِيْرِ
وَماَ اُهِلَّ لِغَيْرِالله بِهِ والمُنْحَنِقَة"
"والمُتَرَدِّيَةُ والنَّطِيحَةُ وما أكل السَبْع
إلا ماَ ذَكَيْتُم
Maksudnya:
“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain daripada Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya)”
“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain daripada Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya)”
(Surah Al-Ma’idah 5:3)
DALIL
PENSYARI‘ATAN PENYEMBELIHAN
Firman Allah subhanahu wata‘ala:
(فَكُلُوا
مِماَ ذُكِرَ اسْمُ اللهِ عليهِ إنْ كُنْتُمْ بِئَايَتِهِ مُؤْمِنيِن)
Maksudnya:
“Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya.”
“Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya.”
(Surah Al-An‘am, 6:118)
·
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam
yang bermaksud:
“Sesungguhnya
Allah mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu. Oleh kerana itu, jika
kamu membunuh, perbaikkanlah cara membunuhnya, apabila kamu menyembelih maka
perelokkanlah cara penyembelihannya serta tajamkanlah pisaunya dan mudahkanlah
penyembelihannya itu.”
(Riwayat Muslim)
RUKUN
PENYEMBELIHAN
Penyembelih:
a) Islam
sama ada lelaki atau perempuan atau kanak-kanak yang mumayyiz.
b) Ahli
kitab, samada Yahudi atau Nasrani.
c)
Berakal dan berfikiran waras.
d) Tidak
melakukan penyembelihan di dalam ihram haji (bagi binatang buruan).
Binatang
Yang Disembelih:
Binatang
yang halal itu segala jenis binatang yang baik dan tidak mendatangkan mudharat
kepada orang yang memakannya seperti ayam, itik, lembu dan sebagainya. Binatang
yang tidak halal dimakan dibahagikan kepada dua kumpulan:
a) Haiwan darat. Semua haiwan darat dihalalkan untuk orang Islam, kecuali seperti
berikut:
·
Babi dan keturunannya.
·
Anjing.
·
Haiwan halal yang tidak disembelih mengikut hukum
syara‘
·
Haiwan yang bertaring dan menggunakannya untuk
mencakar dan membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah
dan seumpamanya
·
Burung yang mempunyai kuku pencakar atau memakan
secara menyambar seperti burung helang, gagak, dan sebagainya.
·
Haiwan-haiwan yang diperintah oleh Islam
membunuhnya, iaitu seperti tikus, lipan, lipas, kala jengking, dan seumpamanya
·
Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya, iaitu
seperti semut dan lebah.
·
Haiwan-haiwan yang dipandang jijik oleh umum,
seperti kutu, lalat, ulat, dan seumpamanya.
·
Haiwan yang hidup dua alam, iaitu di air dan di
darat seperti katak, buaya, kura-kura, dan sebagainya.
b)
Haiwan Laut. Pada hakikatnya, semua haiwan laut hanya hidup dalam air sahaja
dan adalah halal bagi orang Islam, kecuali:
·
Semua jenis haiwan laut yang mengandungi racun.
·
Semua jenis haiwan laut yang boleh memabukkan jika
dimakan; dan semua jenis haiwan laut yang boleh mendatangkan kemudharatan atau
bahaya kepada kesihatan manusia.
Alat
Penyembelihan:
·
Alat penyembelihan yang hendak digunakan mestilah
tajam, boleh melukakan, dan mengalirkan darah binatang tersebut. Contohnya
seperti pisau, parang, dan sebagainya.
·
Alat tersebut mestilah tidak boleh diperbuat
daripadaa gigi, tulang, atau kuku.
Bahagian
Yang Disembelih:
Sembelihan
yang sah hendaklah memutuskan halqum (saluran pernafasan) dan mari’ (saluran makanan dan minuman) dan memutuskan vena jagular dan arteri karotid. Hukum
memutuskan halkum dan mari’ adalah wajib manakala memutuskan vena jagular dan
arteri karotid adalah sunat.
Bagi
haiwan yang tidak dapat disembelih pada leher kerana sesuatu sebab seperti
haiwan buruan, maka adalah dibolehkan penyembelihan pada mana-mana bahagian
anggotanya. Ini adalah untuk mematikannya dengan syarat niat menyembelih.
SYARAT
SAH PENYEMBELIHAN
Syarat
sah penyembelihan adalah seperti berikut:
·
Penyembelihan dilakukan oleh orang Islam atau ahli
kitab.
·
Dilakukan dengan niat menyembelih kerana Allah.
·
Binatang itu masih hidup ketika disembelih.
·
Binatang itu adalah halal dimakan.
·
Menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi
dan tulang.
·
Putus halqum dan urat mari’ dengan
sebab penyembelihan.
·
Mati dengan sekali sembelihan sahaja.
·
Tidak dilakukan penyembelihan kerana selain dari
Allah.
·
Tidak dilakukan dalam ihram (binatang buruan
darat).
Tambahan: Sejajar dengan perkembangan
semasa penyembelihan bagi tujuan komersil mesti dilakukan oleh orang yang
mendapat sijil tauliah penyembelihan dari Jabatan Agama Islam Negeri.
PERKARA
SUNAT SEMASA PENYEMBELIHAN
- Membaca basmalah.
- Menghadap binatang tersebut
ke arah qiblat.
- Membaca salawat ke atas
Nabi.
- Memutuskan dua urat dari
kiri dan kanan supaya cepat mati.
- Menggunakan pisau yang
tajam.
- Binatang itu dibaringkan di atas rusuk kiri
- Melakukan penyembelihan dengan segera.
PERKARA
MAKRUH SEMASA PENYEMBELIHAN
- Mengasah pisau di hadapan
binatang yang hendak disembelih.
- Menyembelih hingga terputus
kepala.
- Penyembelihan dilakukan oleh
orang perempuan.
HIKMAH
PENYEMBELIHAN
Penyembelihan
diwajibkan ke atas setiap haiwan yang halal dimakan oleh orang Islam untuk
memastikan sumber yang dimakan dapat memberikan kesan positif pada diri
seseorang muslim itu dari segi mental, fizikal, sikap, atau perwatakan, dan
sebagainya.
Sesuatu
yang bersumberkan yang haram, buruk dan najis lazimnya akan menghasilkan
sesuatu keburukan yang lain pula. Selain itu, penyembelihan juga dapat
memberikan banyak kebaikan dan hikmat. Antaranya adalah seperti berikut:
- Untuk menunjukkan perbezaan
yang nyata antara cara orang Islam dan cara orang kafir dalam soal
mematikan haiwan.
- Untuk menunjukkan perbezaan
daging yang halal dimakan dan yang haram dimakan oleh orang Islam.
- Untuk memastikan haiwan
tersebut tidak mengalami kesakitan yang terseksa ketika disembelih kecuali
dalam masa yang singkat.
- Agar darah dari dalam haiwan
berkenaan dapat mengalir dengan cepat. Ini seterusnya dapat mengelakkan
daripada jangkitan kuman yang mungkin ada dalam darah haiwan tersebut.
- Sebagai meminta keizinan
dari Allah subhanahu wata‘ala kerana haiwan dan manusia adalah
makhluk Allah subhanahu wata‘ala yang bernyawa.
No comments:
Post a Comment