Friday, 14 December 2012
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM (IBADAH)
Tingkatan : 1 Faizun
Hari : Rabu
Tarikh : 2 Mac 2012
Masa : 08.00 – 08.40 pagi (40 minit)
Tajuk : Solat Berjemaah
Mata Pelajaran: Pendidikan Islam
Konsep Utama : Tuntutan Solat Jemaah
Kata Kunci: Imam, Makmum, Kelebihan Solat Berjemaah
Tujuan Am: Pelajar Dapat Memahami Konsep Solat Berjemaah dan Dapat Mengamalkannya Dalam Kehidupan Harian Mereka
Objektif Pengajaran : Di akhir pembelajaran ini murid dapat :
§ Menyebut Pengertian Solat Berjemaah dan Dalilnya.
§ Menyenaraikan Syarat-Syarat Menjadi Imam dan Makmum
§ Menerangkan Kedudukan Imam dan Makmum.
Nilai Murni : Bekerjasama dan Istiqamah
: Solat merupakan Tiang Agama
Kemahiran Berfikir : Membuat Perbandingan, Membuat Urutan, Menyenaraikan
Kaedah Pengajaran : Perbincangan, Soal Jawab dan Aktiviti
Bahan Bantu Mengajar : Video, BBM solat bejemaah, Kertas A4
Bahan Rujukan : Buku Teks, Buku Rujukan
Pengetahuan Lepas : Murid Sudah Biasa Menunaikan Solat Berjemaah di Sekolah
Isi pengajaran :
- Pengertian Solat Berjemaah
- Solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam.
- Dalil tuntutan Solat Berjemaah
Dalil Solat berjemaah :
Maksudnya : daripada Abdullah bin Umar r.a rasulullah s.a.w bersabda : solat berjemaah lebih afdal daripada solat berseorangan dengan 27 darjat.
- Syarat – syarat menjadi imam dan makmum
Syarat-syarat imam :
- Lelaki
- Baligh
- Baik bacaan
- Tidak menjadi makmum kepada imam yang lain
Syarat –syarat makmum :
- Niat
- Mengetahui perbuatan imam
- Mengikuti perbuatan imam
- Kedudukan makmum dibelakang imam
- Imam dan makmum berada di satu tempat
- Kedudukan Imam dan Makmum
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI
|
AKTIVITI GURU
|
AKTIVITI PELAJAR
|
CATATAN / BBM
| |
Pendahuluan
|
Guru meminta pelajar membaca doa beramai-ramai
|
Pelajar membaca doa
|
-
| |
Set Induksi
|
Guru menayangkan video kepada pelajar
Guru menyoal pelajar:
apakah yang kamu semua lihat dan faham daripada video tersebut?
Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan bahan pembelajaran tersebut.
|
Pelajar melihat dan menghayati tayangan tersebut
Pelajar menjawab soalan guru secara individu dan kelas
Pelajar memahami tajuk yang akan dipelajari
|
Set induksi :
Mempersembah-
kan sesuatu yang baru dan menarik minat pelajar dengan tayangan video
Objektif :
Guru menyatakan tujuan persembahan dan mengapa mereka perlu mengikutinya.
Video
| |
Perkembangan
Langkah 1
|
Guru meminta
beberapa orang pelajar memberi maksud solat berjemaah
Guru menerangkan secara terperinci pengertian solat berjemaah
Guru menyoal pelajar secara rawak tentang hukum solat
Guru mengulas jawapan pelajar dan meminta pelajar membaca hadis yang dipaparkan
|
Beberapa orang pelajar menyebut maksud solat berjemaah
Pelajar mendengar dengan teliti
Wakil daripada pelajar menjawab pertanyaan guru
Pelajar membaca dalil yang dipaparkan
|
Slide
| |
Langkah 2
|
Guru menyoal pelajar tentang syarat wajib solat yang telah dipelajari pada
pembelajaran yang lepas
Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan syarat- syarat menjadi imam dan makmum
Guru mengulas syarat-syarat tersebut
|
Pelajar dapat menjawab pertanyaan guru dengan baik
Pelajar membaca slide yang dipaparkan
Pelajar mendengar ulasan daripada guru
|
Merangsang proses mengingat semula
Slide
Guru mengaitkan maklumat baru dengan maklumat yang telah dipelajari
| |
Langkah 3
|
Guru menayangkan gambar kedudukan Imam & Makmum
Guru membimbing pelajar untuk menjadi model sebagai Imam dan makmum
Guru menggunakan model kartun solat jemaah
|
Pelajar memerhati gambar tersebut dengan teliti
Pelajar mengikut arahan guru dengan baik
Pelajar mendengar dan melihat dengan teliti
|
Menyediakan isi pembelajaran :
Guru menyampaikan isi kandungan pengajaran menggunakan kaedah lakonan
Memberi Bimbingan :
Guru memberi panduan kepada pelajar bagaimana kedudukan imam dan makmum solat jemaah
Model BBM Solat berjemaah
| |
Langkah 4
|
Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan
Guru memberi arahan supaya pelajar berada dalam kumpulan masing- masing.
Guru mengedarkan kertas A4 kepada setiap kumpulan
Guru memberi arahan setiap kumpulan melakarkan kedudukan Imam dan Makmum
Guru memberi bimbingan dan komen kepada pelajar
|
Pelajar membentuk kumpulan
Setiap pelajar mengikut arahan guru dalam masa yang telah ditetapkan
Pelajar melakukan aktiviti berkumpulan mengikut masa yang ditentukan oleh guru
Hasil kerja yang telah siap dibentangkan di hadapan kelas
|
Membuat Pengukuhan :
Guru memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan segala penerangan yang diberi dengan menunjukkan prestasi mereka
Kertas A4
Penilaian terhadap penguasaan pelajar
Mengembangkan kemahiran pelajar
| |
Penutup
|
Guru menerapkan nilai murni di akhir pembelajaran
Guru memberikan tugasan kepada pelajar
Guru memberi nasihat kepada pelajar agar apa yang dipelajari dijadikan iktibar dan menjadi contoh dalam amalan seharian
|
Pelajar mendengar arahan gur
|
|
JENIS-JENIS HAJI
HAJI IFRAD
Haji ifrad ialah mengerjakan haji dan umrah secara berasingan sama ada
mengerjakan haji sahaja dalam bulan haji sehingga selesai perkara perkara rukun
dan wajib haji, kemudian barulah mengerjakan umrah atau sebaliknya. Haji Ifrad
lebih afdal daripada haji-haji lain.
Niat haji ifrad :
نَوَيْت
الإِحْرَامُ بالْحَجَّ َ لِلّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku berihram dengan haji kerana Allah Taala
Cara mengerjakannya :
|
|
|
Rukun
|
Wajib
|
Sunat
|
|
HAJI TAMATTUK
Haji tamattuk ialah mengerjakan umrah terlebih dahulu dalam bulan haji
kemudian mengerjakan haji pada bulan yang sama.
Niat haji tamattuk adalah sama dengan niat haji ifrad akan tetapi
didahului dengan niat umrah.
CARA MENGERJAKAN HAJI TAMATTUK
|
|
|
Rukun
|
Wajib
|
Sunat
|
|
KELEBIHAN DAN KEBAIKAN HAJI TAMATTUK
- Memberi
kemudahan kepada jemaah haji untuk berehat.
- Memberi
kemudahan kepada jemaah haji yang kesuntukan masa untuk mengerjakan haji.
- Waktu
ihram yang pendek.
KEKURANGAN HAJI TAMATTUK
- Kurang
fadhilatnya berbanding dengan haji ifrad
- Melakukan
haji dengan cara tamattuk ini dikenakan dam (denda).
PERBEZAAN ANTARA HARI IFRAD DAN HAJI TAMATTUK
Haji Ifrad
|
Haji Tamattuk
|
Mengerjakan haji dalam
bulan haji kemudian baru mengerjakan umrah
|
Mengerjakan umrah terlebih
dahulu dalam bulan haji kemudian mengerjakan haji.
|
Tidak dikenakan dam
|
Dikenakan dam
|
Lebih afdal
|
Kurang fadhilat
|
HAJI QIRAN
Haji qiran ialah mengerjakan haji dan umrah secara serentak dengan
bernaiat ihram kedua-duanya sekali.
Niat haji qiran :
نَوَيْتُ الْحَجَّ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهِمَا
لِلّهِ تَعَالَى
CARA MENGERJAKAN HAJI QIRAN :
Rukun
|
Wajib
|
Sunat
|
DAM
Dam pada bahasa bererti darah dan pada Istilah hukum syarak bererti
denda yang dikenakan ke atas seseorang yang mengerjakan haji atau umrah kerana
meninggalkan perkara-perkara wajib haji atau melakukan perkara-perkara yang
dilarang.
HIKMAH DAM
1) Menampung kekurangan dalam ibadat haji.
2) Berhati-hati melaksanakan Ibadat haji.
3) Meringankan
bebanan jemaah haji.
Dam terbahagi
kepada 4 jenis iaitu : Dam tertib takdir, Dam tertib takdil, Dam takhyir takdir dan Dam
takhyir takdil.
JENIS-JENIS DAM
JENIS DAM
|
KESALAHAN
|
BAYARAN
|
1) Dam tertib takdir
Iaitu dam dibayar mengikut susunan (tertib). Kemampuan dam perlu
mengikut ketetapan syarak (takdir)
Dam ini tidak boleh dipilih atau diganti.
|
1) Tidak berihram di miqat
2) Mengerjakan haji secara qiran atau tamattuk
3) Luput waktu di Arafah
4) Tidak bermalam di Mina
5) Tidak melontar jamrah
6) Tidak menepati Nazar yang berkaitan ibadat haji
|
§ Menyembelih seekor kambing
Sekira tidak mampu
§ Berpuasa 10 hari , 3 hari di Makkah dan 7 hari apabila pulang
ke tempat masing-masing
|
7) Tidak melakukan tawaf wida'
|
§ Bagi jemaah haji yang meninggalkan tawaf wida’
hendaklah berpuasa 3 hari setelah berlepas dari Mekah dan 7 hari.
|
|
JENIS DAM
|
KESALAHAN
|
BAYARAN
|
2) Dam tertib takdil
Ialah dam yang boleh ditaksirkan (harganya) dan boleh ditukar kepada
benda lain mengikut kemampuan masing-masing
|
1) Melakukan persetubuhan
sebelum tahalul pertama (membatalkan haji)
|
Sekira tidak mampu
§ Menyembelih seekor Unta
Sekira tidak mampu
§ Menyembelih seekor Lembu
Sekira tidak mampu
§ Menyembelih 7 ekor kambing
Sekira tidak mampu
§ Membeli makanan dengan nilai harga unta dan
disedekahkan kepada fakir miskin.
Sekira tidak mampu
§ Berpuasa beberapa hari mengikut bilangan cupak
makanan yang boleh dibeli dengan seekor unta.
|
2) Terhalang daripada memasuki Mekah setelah berniat ihram.
|
§ Menyembelih seekor kambing dan bercukur
Sekira tidak mampu
§ Membeli makanan dengan nilai harga kambing dan
bercukur
Sekira tidak mampu
§ Membeli makanan dengan harga kambing disedekahkan
kepada akir miskin
Sekira tidak mampu
§ Berpuasa beberapa hari mengikut bilangan cupak
makanan yang boleh dibeli dengan nilai harga kambing.
|
|
JENIS DAM
|
KESALAHAN
|
BAYARAN
|
3) Dam takhyir taqdir
Boleh ditunaikan mengikut pilihan sendiri (takhyir)
|
1) Memakai pakaian yang bersarung atau berjahit bagi lelaki
2) Memakai bau-bauan.
3) Memotong kuku.
4) Bersetubuh kali kedua sebelum tahalul awal
|
§ Menyembelih seekor kambing dan disedekahkan
kepada fakir miskin
Atau
§ Bersedekah 2 cupak makanan kepada enam orang
fakir miskin
Atau
§ berpuasa selama 3 hari
|
JENIS DAM
|
KESALAHAN
|
BAYARAN
|
4) Dam takhyir takdil
Ialah pembayarannya bergantung kepada pilihan sendiri dan tidak
ditetapkan tetapi berdasarkan harga sebanding.
|
1) Berburu binatang darat.
2) Menebang, memotong, atau
mencabut pohon d Tanah Haram.
|
§ Menyembelih binatang ternakan yang sebanding
dengan binatang buruan itu.
Atau
§ Membeli makanan dengan nilai harga binatang buruan
itu.
Atau
§ Berpuasa mengikut bilangan cupak makanan yang
dibeli dengan harga binatang buruan itu
|
BERMALAM DI
MUZDALIFAH
|
Jemaah haji wajib berada dan bermalam di Muzdalifah walaupun
seketika.
Waktunya ialah selepas tengah Malam 10 Zulhijjah hingga subuh.
PERKARA-PERKARA WAJIB HAJI
Wajib Haji ada enam perkara
iaitu :-
- Ihram
di Miqat
- Bermalam
di Muzdalifah
- Melontar
Jamrah Al-Aqabah
- Bermalam
di Mina
- Melontar
ketiga-tiga jamrah
- Meninggakan
perkara-perkara yang haram semasa ihram
(MIQAT)
Miqat bermaksud sempadan waktu atau tempat untuk memulakan niat ihram
haji atau umrah.
Miqat terbahagi kepada 2 :
a)
Miqat Zamani : Sempadan masa yang ditentukan
bagi ihram haji, bermula dari 1 Syawal hingga sebelum terbit fajar hari ke-10
Zulhijjah pada setiap tahun. Manakala bagi Umrah ialah sepanjang tahun.
b)
Miqat Makani : Sempadan tempat yang telah
ditetapkan disekeliling Mekah untuk ihram haji.
MIQAT MAKANI
1) Yalamlam – bagi jemaah haji
yang melalui Lautan Hindi menuju ke Laut Merah. Jaraknya adalah leebih kurang
54 km dari Kota Mekah.
2) Zulhulifah – bagi para jemaah
haji ang datang dari Madinah dan kawasan sekitarnya. Jarak lebih kurang 450 km
dari Mekah.
3) Juhfah – Jemaah haji yang
datang dari arah barat laut seperti penduduk Mesir dan Syria. Jaraknya lebih
kurang 187 km dari Mekah pada arah barat laut.
4) Qarnul Manazil – bagi jemaah
yang datang dari arah timur seperti penduduk Najd. Jaraknya lebih kurang 94 km
dari Mekah.
5) Mekah (dari rumah mereka) –
Untuk penduduk Mekah sendiri.
(BERMALAM DI MUZDALIFAH)
Jemaah haji wajib berada dan bermalam di Muzdalifah walaupun seketika.
Waktunya ialah selepas tengah Malam 10 Zulhijjah hingga subuh.
(BERMALAM DI MINA)
Ertinya berada
lebih dari separuh malam di Mina pada malam-malam hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
(MELONTAR JAMRAH)
Melontar
ketiga-tiga jamrah iaitu Jamrah Al-Ula, Jamrah Al-Wusta dan Jamrah Al-Aqabah. Masing-masing dengan tujuh
biji batu.
Waktu bagi melontar ketiga-tiga jamrah ialah pada 11, 12 dan 13
Zulhijjah.
Waktu melontar bermula
selepas terbit fajar pada 11 Zulhijjah sehingga terbenam matahari pada 13
Zulhijjah.
Waktu yang paling
afdhal ialah selepas tergelincirnya matahari 11,12 dan 13 Zulhijjah.
SYARAT-SYARAT
MELONTAR
1. Melontar dengan
menggunakan tangan. Jika tidak berkuasa atau berdaya, maka bolehlah digunakan
tangan kiri, kaki ataupun mulut
2. Melontar dengan
kaedah merejam bukannya seperti meletakkan batu, mencampak ataupun membuang
3. Niat melontar
Jamrah tidak terpesong kepada tujuan-tujuan lain
4. Melontar dengan
batu ataupun jenis-jenisnya
5. Memastikan batu
lontaran masuk ke dalam takungan Jamrah dengan yakin
6. Melakukan
lontaran dengan tertib - Dimulai dengan Jamrah Al-Ula - D ikuti dengan lontaran
pada Jamrah Al-Wusta - Diakhiri dengan lontaran pada Jamrah Al-Aqabah.
7. Tidak boleh
membuat lontaran bagi ketiga-tiga Jamrah pada 12 Zulhijjah jika tidak
menyempurnakan lontaran pada hari sebelumnya. Demikian jugalah syaratnya bagi
lontaran pada 13 Zulhijjah.
(MELONTAR JAMRAH
AQABAH)
Ertinya melontar 7
biji batu ke dalam takungan Jamrah Aqabah. Setiap lontaran hendaklah dengan
hanya sebiji batu.
Waktu untuk
melontar di Jamrah Aqabah ini ialah Selepas tengah malam 10 Zulhijjah (Hari
Raya Haji) hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah Waktu afdal ialah waktu
Dhuha pada 10 Zulhijjah
(BERCUKUR)
Bercukur bererti menggunting rambut atau menghilangkan
sekurang-kurangnya 3 helai rambut di kepala dengan cara mencukur atau
mengguntingnya.
Waktu bercukur adalah selepas melontar Jamrah Al-Aqabah pada 10
Zulhijjah.
Wajib Haji
1.
Ihram dari Miqat
2. Mabit di Muzdalifah
3. Mabit di Mina
4. Melempar Jumrah
5. Thawaf Wada’
Catatan : Wajib Haji harus dilaksanakan dan apabila salah satu ada yang ditinggalkan, maka hajinya sah tapi harus membayar dam (denda).
2. Mabit di Muzdalifah
3. Mabit di Mina
4. Melempar Jumrah
5. Thawaf Wada’
Catatan : Wajib Haji harus dilaksanakan dan apabila salah satu ada yang ditinggalkan, maka hajinya sah tapi harus membayar dam (denda).
Miqat Haji
Miqat
haji ada dua macam:
1. Miqat zamani:
Yaitu batasan-batasan waktu di mana dilakukan ibadah haji. Batasan waktu
tersebut adalah bulan-bulan haji (Syawwal, Dzul Qa’dah, dan 10 hari pertama
dari bulan Dzul Hjjah). Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
الْحَجُّ أَشْهُرٌ
مَّعْلُوْمَاتٌ
“Haji itu pada
bulan-bulan yang telah ditentukan.” (Al-Baqarah: 197)
2. Miqat makani:
Yaitu sebuah tempat yang telah ditentukan dalam syariat, untuk memulai niat
ihram haji dan umrah.
Miqat
Makani tersebut ada lima3, yaitu:
Pertama:
Dzul Hulaifah (sekarang dinamakan Abyar ‘Ali atau Bir ‘Ali). Tempat ini adalah
miqat bagi penduduk kota Madinah dan yang datang melalui rute mereka. Jaraknya
dengan kota Makkah sekitar 420 km.
Kedua:
Al-Juhfah. Tempat ini adalah miqat penduduk Saudi Arabia bagian utara dan
negara-negara Afrika Utara dan Barat, serta penduduk negeri Syam (Lebanon,
Yordania, Syiria, dan Palestina). Jaraknya dengan kota Makkah kurang lebih 208
km. Namun tempat ini telah ditelan banjir, dan sebagai gantinya adalah daerah
Rabigh yang berjarak kurang lebih 186 km dari kota Makkah.
Ketiga:
Qarnul Manazil (sekarang dinamakan As-Sail), yang berjarak kurang lebih 78 km
dari Makkah, atau Wadi Muhrim (bagian atas Qarnul Manazil) yang berjarak kurang
lebih 75 km dari kota Makkah. Tempat ini merupakan miqat penduduk Najd dan yang
setelahnya dari negara-negara Teluk, Irak (bagi yang melewatinya), Iran, dll.
Demikian pula penduduk bagian selatan Saudi Arabia yang berada di seputaran
pegunungan Sarat.
Keempat:
Yalamlam (sekarang dinamakan As-Sa’diyyah), yang berjarak kurang lebih 120 km
dari kota Makkah (bila diukur lewat jalur selatan Tihamah). Ini adalah miqat
penduduk negara Yaman, Indonesia, Malaysia, dan sekitarnya.
Kelima:
Dzatu ‘Irqin (sekarang dinamakan Adh-Dharibah), yang berjarak kurang lebih 100
km dari kota Makkah. Ini adalah miqat penduduk negeri Irak (Kufah dan Bashrah)
dan penduduk negara-negara yang melewatinya. Awal mula direalisasikannya Dzatu
‘Irqin sebagai miqat adalah di masa khalifah ‘Umar bin Al-Khaththab. Yaitu
ketika penduduk Kufah dan Bashrah merasa kesulitan untuk pergi ke miqat Qarnul
Manazil, dan mengeluhkannya kepada khalifah. Mereka pun diperintah untuk
mencari tempat yang sejajar dengannya. Dan akhirnya dijadikanlah Dzatu ‘Irqin
sebagai miqat mereka dengan kesepakatan dari khalifah Umar bin Al-Khaththab
radhiyallahu ‘anhu, yang ternyata mencocoki sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa
sallam, sebagaimana dalam Shahih Muslim dari hadits Jabir bin Abdillah
radhiyallahu ‘anhuma. (Lihat Taudhihul Ahkam juz 4, hal. 43-48, Asy-Syarhul Mumti’ juz 4, hal. 49-50, Irwa`ul Ghalil, juz 4 hal.
175)
Bercukur bererti menggunting
rambut atau menghilangkan sekurang-kurangnya 3 helai rambut di kepala dengan
cara mencukur atau mengguntingnya.
Waktu bercukur adalah selepas
melontar Jamrah Al-Aqabah pada 10 Zulhijjah.