Monday, 21 July 2014
JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN SMA 2014
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN
PERCUBAAN
SIJIL MENENGAH ARAB (SMA) TAHUN 2014
TARIKH
|
WAKTU
|
KOD KERTAS
|
NAMA KERTAS
|
MASA
|
JENIS KERTAS
|
25/8/2014 ISNIN
|
8.00 pg – 10.00 pg
|
03
|
Insya’
|
2 jam
|
Subjektif
|
10.30 pg 12.30 tgh
hari
|
09
|
Mutolaah
|
2 jam
|
Subjektif
|
|
1.00 ptg – 2.00 ptg
|
01
|
Nahu Kertas 1
|
1 jam
|
Objektif
|
|
26/8/2014
SELASA
|
8.00 pg – 9.30 pg
|
01
|
Nahu Kertas 2
|
1 jam
30 minit
|
Subjektif
|
10.00 pg – 11.00 pg
|
02
|
Sarf Kertas 1
|
1 jam
|
Objektif
|
|
11.30 pg – 1.00 ptg
|
02
|
Sarf Kertas 2
|
1 jam
30 minit
|
Subjektif
|
|
27/8/2014
RABU
|
8.00 pg – 9.30 pg
|
04
|
Feqah Kertas 2
|
1 jam
30 minit
|
Subjektif
|
9.45 pg – 10.45 pg
|
04
|
Feqah Kertas 1
|
1 jam
|
Objektif
|
|
11.00 pg – 12.00 tgh
hari
|
05
|
Tauhid Kertas 1
|
1 jam
|
Objektif
|
|
12.30 tgh hari –
2.00 ptg
|
05
|
Tauhid Kertas 2
|
1 jam
30 minit
|
Subjektif
|
|
28/8/2014
KHAMIS
|
8.00 pg – 9.00 pg
|
06
|
Hadis Kertas 1
|
1 jam
|
Objektif
|
9.30 pg – 11.00 ptg
|
06
|
Hadis Kertas 2
|
1 jam
30 minit
|
Subjektif
|
|
11.30 pg – 1.30 ptg
|
08
|
Al Quran Kertas 2
|
2 jam
|
Objektif & Subjektif
|
|
29/8/2014
JUMAAT
|
8.30 pg – 9.30 pg
|
07
|
Tafsir Kertas 1
|
1 jam
|
Objektif
|
10.00 pg – 11.30 pg
|
07
|
Tafsir Kertas 2
|
1 jam
30 minit
|
Subjektif
|
* Jadual tertakluk kepada pindaan.
Kisah Yakjuj Dan Makjuj
Yakjuj dan
Makjuj adalah dua bangsa manusia yang akan muncul ketika dunia hampir kiamat
untuk melakukan kejahatan dan kerosakan dasyat di muka bumi ini. Bangsa-bangsa
ini dikatakan telah wujud sejak ribuan tahun lalu tetapi mereka dikurung di
suatu lokasi rahsia oleh seorang pemerintah silam iaitu Zulkarnain. Sejak
dikurung di lokasi tersebut, mereka terus hidup dari satu keturunan hingga ke
keturunan yang lain sehinggalah tibanya waktu pembebasan mereka iaitu menjelang
hari kiamat.
Sejak kewujudan
bangsa-bangsa tersebut di ketahui umum, pengkaji terus-menerus mencari jawapan
kepada pelbagai persoalan mengenai kehidupan mereka serta lokasi misteri yang
mengurungi bangsa tersebut. Siapa sangka di sebalik kemajuan ketamadunan yang
menghasilkan banyak bandar-bandar besar dibina di seluruh dunia, masih wujud
bangsa misteri di satu lokasi yang menjadi ‘pusat tahanan’ Yakjuj dan Makjuj
dan lokasi itu telah pun berjaya dijumpai pada hari ini bersama benteng atau
temboknya.
Al-Quran tidak
menerangkan siapa sebenarnya Yakjuj dan Makjuj, daripada bangsa dan keturunan
mana mereka itu. Al-Quran hanya menjelaskan sifat-sifat mereka, iaitu kaum
pembuat kerosakan di bumi, kalau tembok penghalang dibuka, mereka akan turun
mengalir seperti mengalirnya air bah, dan apabila tembok penghalang kukuh,
mereka tidak masuk dan tidak dapat membuat kerosakan. Kewujudan bangsa ini
diceritakan sendiri oleh Allah swt menerusi firman-Nya di dalam kitab suci
Al-Quran.
Antaranya,
menerusi surah al-kahfi, ayat ke-92 hingga 98, Allah swt berfirman: -
Sehingga
apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang
hampir-hampir mereka (Zulkarnain) tidak dapat memahami perkataan.
Mereka berkata:
“Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan
kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran
kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah
tembok di antara kami dengan mereka?”
Allah swt
menceritakan pula mengenai kebangkitan bangsa Yakjuj dan Makjuj, pada hari-hari
terakhir dunia. Yakjuj dan Makjuj akan turun ke dunia melalui puncak-puncak
gunung tinggi. Menerusi surah al-Anbiyaa’, ayat ke-96 dan 97, Allah swt
berfirman:
Demikianlah
keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj,
serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.
Dan hampirlah
datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata
orang-orang yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas): “Aduhai
celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan
kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang
yang menganiaya diri sendiri”.
Menurut
sebahagian ulama, Yakjuj dan Makjuj adalah keturunan Yafis, putera Nuh itu.
Demikian juga pendapat Nasafi, seorang ahli fekah, usul fekah dan tafsir yang
bermazhab Hanafi yang menyatakan bahawa Yakjuj berasal daripada suku Turk,
manakala Makjuj pula berasal daripada suku Jail serta Dailam keturunan Yafis
yang membuat kerosakan di muka bumi. Mereka tidak mati dan masing-masing
memiliki 1,000 keturunan yang dilengkapi dengan senjata.
Puncak gunung
yang dikatakan sebagai tempat Yakjuj Makjuj akan turun di akhir zaman nanti
adalah di pergunungan Caucasus dan juga banjaran-banjaran tinggi di sekitar
Mongolia, Kazakhstan dan juga Russia Selatan contohnya seperti banjaran
Himalaya, Tien Shan, Elbruz, dan lain-lain. Banjaran-banjaran yang tinggi itu
merupakan tembok semula jadi ciptaan Allah swt sebagai penghalang daripada
ancaman dashyat Yakjuj dan Makjuj dan selebihnya pula adalah tembok-tembok
ciptaan manusia sendiri iaitu Tembok Besi Iskandar Zulkarnain di Fergana,
Tembok Besar China, Gerbang Besi Tiemen Kuan, Tembok Derbend di Gunung Caucasus,
Tembok Gorgan di Iran Utara dan Tembok Kota Zeng Zhou (segala kebenarannya
hanyalah milik Allah swt).
Tembok-tembok
inilah yang dikatakan telah menyekat serangan Yakjuj dan Makjuj terhadap
penduduk terdekat suatu ketika dahulu. Selain dari kisah sejarah Tembok Besi
Zulkarnain, pernahkah anda meneliti sejarah mengenai tujuan pembinaan Tembok
Besar China? . Sejarah telah mencatatkan bahawa puak-puak nomad Mongol
(diyakini sebagai suku kaum Yakjuj) dan puak-puak nomad Turkik (diyakini
sebagai kaum Makjuj) telah lama mengganggu dan menyerang ketenteraman penduduk
di China lalu Tembok Besar China dibina bagi menghalang kaum Yakjuj dan Makjuj
daripada mencoroboh masuk! Perhatian, Tembok Besar China bukanlah tembok yang
dibina oleh Zulkarnain. Sesetengah pengkaji Islam menyatakan bahawa Tembok Besi
Zulkarnain diyakini berada di Tasik Toktogul di sekitar banjaran Tien Shan, di
Fergana (segala kebenarannya hanyalah milik Allah swt).
Dalam surah
Al-Kahfi ayat ke-90 ada menyatakan bahawa Zulkarnain tiba ‘di tempat terbitnya
matahari’ yang mana lokasinya adalah di Timur bumi. Yakjuj dan Makjuj berasal
dari bangsa Tartar, Khazar dan juga Mongol iaitu di sekitar selatan Russia,
Mongolia serta Kazakhstan. Sesetengah ulama’ juga ada menceritakan bahawa
bangsa itu telah lama dikurung di kawasan Asia Tengah. Mengikut hadis yang
diriwayatkan oleh Imam Ahmad, ciri-ciri suku kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan
seperti orang Asia Tengah iaitu berkulit kuning, bermuka bulat, dan tidak ubah
seperti bangsa Scythian Asiatik (Mongol = Yakjuj) dan Scythian Eropah (Russia
Selatan = Makjuj). Hipotesis yang paling kuat buat masa ini telah menyatakan
bahawa memang mereka la bangsa itu
Segala
kebenaran hanyalah milik Allah swt.